About

Hani Emas Resources telah didaftarkan pada 2hb Disember 2010, mula beroperasi pada Mac 2011. Perniagaan ini adalah milikan tunggal dan diasaskan oleh Cik Hartini Binti Zailani. Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri Kecantikan dan Spa. Aktiviti utama perniagaan ini ialah menjalankan perkhidmatan Spa dan Kecantikan dibawah jenama HEARTINI’S BEAUTY SPA. Selain memberi perkhimatan, kami juga menyediakan kursus-kursus Spa dan Kecantikan serta khidmat jururunding kecantikan. Spa ini berkonsepkan semulajadi dan kesemua produk-produk yang digunakan adalah berasaskan Garam Bukit Sarawak dan Rempah Ratus


Pada 2014 perniagaan ini telah berkembang  dengan menceburi bidang pembuatan bagi menghasilkan dan mengeluarkan produk-produk  Sabun dan Spa dibawah jenama HEARTINI’S HERBAL. Produk ini beasaskan Garam Bukit Ba’kelalan dari Lawas, Sarawak. Bahan-bahan yang digunakan seperti berikut:
  • Garam Bukit
  • Beras Bukit
  • Sagu
  • Rempah Ratus
  • Minyak Kelapa
  • Minyak Pati

Kesemua bahan-bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi , bebas kimia serta dijamin selamat untuk kulit yang paling utama ia adalah buatan tangan ‘Handmade’. Menggunakan fomula yang unik serta dibuat dengan penuh kasih sayang khas untuk anda. Keseluruhan proses dibuat dengan teliti daripada pemilihan bahan mentah, membuat, memotong dan membungkus serta melabel bagi menjaga kualiti produk. Heartini's Herbal mempunyai 21 rangkaian penjagaan diri terdiri daripada  muka, badan dan rambut.




Waktu Operasi    :  9 pagi hingga 6 petang ( Isnin hingga Sabtu & Public Holiday Tertentu )
Tempat Operasi  :  Lot 1234, Tingkat 1
                               Centre Point Commercial Centre
                               Jalan Melayu,
                               98000 Miri, Sarawak

Popular Posts